Monday, May 30, 2011

DENDAM! tak bererti...

Dendam...

knp ade dendam dalam hati manusia???

aku sebenarnye nk cite n kongsi dgn korang cite pasal exgf aku nie...
Nama die aisyah, aku kenal die pada may 2010, perkenalan yg singkat itu membawa kami ke alam percintaan (actually aku pon x tau knp aku couple) dalam mase yg singkat..
Maybe akibat perkenalan yg singkat, hubungan kami putus di tgh jalan (atas sebab-sebab tertentu)..
selepas memutuskan hubungan dgn aku die tidak lagi menghubungi aku malah bersikap dingin dgn aku..
sehinggalah pada suatu malam sewaktu aku bercuti dan berehat di rumah..
Aku dapat sms dari die, die ckp yg still syg kat aku la, ini lah, itu lah n bla bla bla..
Aku mengaku aku hepi dapat baik dgn die n aku ikhlas dapat berkawan semula dgn die..
Tetapi yg aku tidak sangkakan itu hanyalah pembalasan dendam terhadap aku..
aku digelar "Playboy" oleh kawan2 die, dan mcm2 lagi kutukan yg die bg...
Tapi biase la org melayu, mengata je lebih tapi diri sendiri same jgak...
Sehingga hari ini aku masih X mengerti ape sebenarnye yg Cik Siti Aisyah nie dapat dari perbuatan balas dendamnye..
yang pasti aku rase buang mase die n menyakitkan hati die balik, serta berkelakuan bodoh pada khalayak ramai.

Pada org ramai sya nasihatkan, x perlulah nk berdendam nie, kerna x membawa apa2 kebaikan pown...
yg baik itu datang dari ALLAH dan yg buruk itu dari saya sendiri..

Monday, February 7, 2011

cinta dalam hati..

"Mungkin ini memang jalan takdirku, mengagumi tanpa dicintai, tak mengapa bagiku asalkan kau bahagia dalam hidupmu"

Setelah perpisahan yang terjadi antara kita, aku dan kau masing-masing membawa haluan masing. Masing-masing dengan ego dan keras kepala. Jauh di sudut hati aku sedar bahawa aku masih mencintai dirimu.
Kehadiran kekasih barumu, membuat kan aku akan takdirku untuk dirimu yang hanya dapat melihat kau bahagia dalam hidupmu.

"telah ku pendam perasaan itu, menunggu hatimu menyambut diriku, tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah  bahagia untukku"


Perasaan yang aku pendam untuk aku tunggu dirimu menerima kembali diriku dan ampuni kesalahan ku. Aku sedar dari mimpiku bahawa menyintaimu pun dalah bahagia buat aku, walaupun ia hanya sebelah pihak.

"ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu, meski ku tunggu hingga ujung waktuku, dan berharap rasa ini,kan abadi untuk selamanya, dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja, tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya, dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja."

Aku ingin kau tahu bahawa aku still menyayangi diri kau, penantian aku cuma berharap rasa sayang ini akan kekal untuk diri mu, aku hanya ingin kau tahu bahawa aku hanya menyayangi dirimu, biarkanlah rasa cinta ini terkubur dalam jiwa yang telah mati ini, melihat kau bahagia adalah bahagia untuk aku..

Sunday, February 6, 2011

Kehidupan ku..

Aku seorang pemuda yang mempunyai kehidupan sederhana. Kehidupan ku berlatar belakangkan kehidupan melayu moden. Banyak yang telah aku pelajari dari hidup aku ini, sahabat, cinta, pengorbanan, setia, cemburu, dan lain-lain lagi.

Warna_warni kehidupan ku akan aku kongsikan bersama anda semua tentang perjalan hidup aku dan pengalaman yang aku terima dari hidupku.